Followers

18 January 2011

kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Baik utk dikongsi bersama, pada mulanya terkejut saya dgn tajuk di atas ............ .hehe

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya 
didapati melakukan kesalahan, 
tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, 
dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi 
garis panduan yang ditetapkan. 
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, 
seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. 
Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda 
semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang
gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya
Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka
dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf
dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha
Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel,

ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi
ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? 
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak...takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik,
saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha
Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk
menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji
kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum. "



FrOm

11 ulasan:

~ PIJA ~ said...

good info..saya nak jadi budak baik dr hr ke sehari...

HaNTwO said...

huhuhuhu berfikir dengan kata2 dalam N3 ni... :)

Encik MamaT said...

betol tu... terima kasih atas perkongsian..

loLaa_Nurafizza said...

sangat btl!

Norfa said...

ditegur untuk kebaikan..tapi bila dh xboleh terima teguran maka jadilah begitu.. ini mesti kes kat kelantankan..hehe lama xg Billion

AngahSayang2314 said...

uittt tengah memahami nie

Adii NakHeran said...

pehh,,, bagus2,,,
thumbs up,, nice info,, i love it,,

aibaks said...

sekali sya.. mendalam plak jawapan ustaz tu.. astaghfirullah..

pastu da kene kat muka sendiri... malu lak tu.. pastu de je nak jawab.. Ya Allah.. kuatkan lah iman kami.. amin..

niesz said...

kalau niesz jumpe pompuan tu, mmg niesz ketuk2 kpale die..

shah amirul said...

entry yg terbaik!

kuaci bulat said...

salam...nk share bleh??

link kengkawan

>

HB

 
GADiS iNi. Design by Exotic Mommie. Provided By Free Blogger Templates | Freethemes4all.com
Free Website templatesfreethemes4all.comLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates