Followers

05 January 2011

Sharing

 pic cr google.
FIRMAN Allah bermaksud: 
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman,
supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, 
memelihara kehormatannya dan
tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya)
selain daripada yang nyata 
(mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat 
perlu dalam pekerjaan sehari-hari,seperti mukanya dan tapak tangan). 
 Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher 
(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), 
dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, 
anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,
anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, 
sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya,
lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan 
(terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang 
sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) 
dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.
 Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, 
supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi 
(misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka 
atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). 
Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah,
hai orang yang beriman,supaya kamu beruntung.
(Surah an-Nur, ayat 31)
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, 
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, 
lagi Maha Penyayang. 
(Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum 
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap 
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.
(Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi 
atau meminta supaya dikikirkan giginya.
 (Hadis riwayat at-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya 
supaya menjadi cantik, 
yang merubah ciptaan Allah.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah
dengan memakai pakaian yang tipis.
.Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
" (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

FrOm

12 ulasan:

Encik MamaT said...

tenkiu eca... good info.. sudah terang lagi bersuluh.. tapi heran sekarang ni.. ada saja mereka mencari dalil2 untuk menghalalkan perbuatan mereka... hmm...

PuanBee said...

nice entry...bee baca sampai habis tau! :)

Ogy said...

tq for sharing...insaff jap..huhu

CahayaCintaIlahi said...

tanx fOr sharing.. sangat bermanfaat untuk diri ;)

Jieda said...

Biarpun kening ni nampak berserabut tapi tak pernah terlintas nak cukur sebab dah tahu hukumnya.Masa kahwin dulu pun siap pesan ngan mak andam jangan usik kening he3

Adii NakHeran said...

very nice info,,
berguna,, harap dapat share yang ni,,

Khairul Antasha said...

nice info.. tq 4 sharing yerr...

HaNTwO said...

kening tebal kan cantik :)

efa said...

nice info thanks :)btw i follow kamo

NuSaNa NoSa 91 said...

sharing is caring, right?? thanx~ jom masuk syurga sama2~ ^_^

eja said...

sy belum pernh cukur kening...jnji tk nk buat..tp tkot if 1day akn buat...

Nadia arRumaisha said...

thanks dear...perkongsian yang sangat bermanfaat....

link kengkawan

>

HB

 
GADiS iNi. Design by Exotic Mommie. Provided By Free Blogger Templates | Freethemes4all.com
Free Website templatesfreethemes4all.comLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates