Followers

19 August 2015

Al-Fatihah buat Arwah Abah

Salam,

Bertemu kita kembali.. Alhamdulilah Masih bernyawa di muke bumi Allah s.w.t,
harini genap sebulan pemergian Ayahanda Tercinta...

Sehari sebelum menjelang Raya, iaitu Ramadhan yg ke-29, Abah tinggalkan kami buat selamanya2...
Ya Allah, masa tu aku tak kuat melawan ketentuan mu.. Aku macam tak caya,
orang yang membesar dan mendidik aku kini pergi buat selama2nya...aku rasa belum puas,
mencium memeluk ABAH...

Setiap kali aku bertemu abah, aku selalu bawak abah g jalan2 lepak2 minum.. kadang2 aku bawak abah g COD barang lagi...setiap kali aku jumpa abah memang lama, dari pagi sampai ke petang..

sebulan Sebelum Abah meninggal.. Aku sempat jmp abah, dalam keadaan abah GEMBIRA,CERIA,DAN SEMAKIN SIHAT... Alhamdulilah aku gembira tengok abah gelak ketawa abah. setiap kali aku tengok abah, abah selalu pesan teruskan meniaga, sembahyang jangan tinggal, jaga anak2 jaga keluarga jaga adab..setiap kali aku bawak anak2 jumpa abah, abah selalu cakap muke adam macam daddy,muka eva macam ko, hehe 

Seminggu sebelum Pemergian Abah, abah Call aku masa aku tengah kerja, kami berborak panjang..siap abah buat lawak lagi.. Abah cakap puasa kali ni dia lebih tenang, dia seronok sangat,
sejuk je tak letih n penat abah cakap, 

abah selalu cakap, kalau dia pergi dulu,, dia nak semua anak2 dia ada disisi...dan dia nak semua urusan dia anak2 yang uruskan..masa ni aku rasa ape abah merepek ni, sebab abah selalu bercakap n bercerita pasal Mati.. Alhamdulilah Hajat abah kami adik beradik tunai kan...

Alhamdulilah, Abah pergi dengan tenang, selepas Abah siap bersahur, lepas mandi, siap2 untuk solat subuh, dalam keadaan abah bertowel, dan badan masih basah, abah mengucap panjang... tepat 5.40AM, abah meninggalkan kami... abah pergi dengan senang..urusan kebumian abah berjalan dengan lancar...berkat bulan Ramadhan..Syukur Alhamdulilah...

Al-Fatihah buat Abah...
Rindu Abah...

Ya Allah,Engkau Ampunkanlah segala Dosa2 Ayahku,
engkau,tempatkanlah Ayahku digolongan2 orang beriman,
Engkau jauhi lah ayahku dari azab seksaan Api neraka,
Engkau terima lah segala amalan ayahku, 
Engkau sayangi lah ku sebagai mana dia menyanyangi ku sejak kecil,
Kurniakan buatnya syurga tanpa hisab..


1 ulasan:

Nor Hafiza said...

AlFatihah....

link kengkawan

>

HB

 
GADiS iNi. Design by Exotic Mommie. Provided By Free Blogger Templates | Freethemes4all.com
Free Website templatesfreethemes4all.comLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates