Followers

26 January 2011

Beberapa Hadith Sahih tentang Syaitan

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh.   
Firman Allah swt:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّا
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, 
maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir) 


Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. 
Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk
menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan 
akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang 
yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya. 

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG 
 إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendakla
dia memasukkan dan mengeluarkan air
dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 
SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA  
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun  
solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:
ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه
“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” 
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP 
إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل

“Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” 
Hadis sahih Muslim

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA
“AAAAAH “ SEMASA MENGUAP 
Nabi saw bersabda:  
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه  
“Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.
Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” 
Hadis riwayat Ahmad 
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA  

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan
hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: 
لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان  
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. 
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” 
Hadis sahih Bukhari

Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. 
Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. 
Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan.


SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH  
Nabi saw bersabda:  
لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة   
“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” 
Hadis sahih Muslim 

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu
maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.


SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN
BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH  
إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء 
“Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama 
Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. 
Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan
tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk
kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitanakan berkata
“ Kamu semua mendapat tempat bermalam.”  
 Apabila dia tidak menyebut nama Allah
semasa makan, syaitan akan berkata
“ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” 
Hadis sahih Muslim (2018)

MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN  
إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان 
“Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, 
hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada
makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan 
ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.” 
Hadis sahih Muslim (2034)

MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN 
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: 
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?” 
Dia menjawab “Tidak” 

Nabi saw bersabda:  
قد شرب معك من هو شر منه الشيطان 
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk 
yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” 
Hadis Ahmad –sahih 

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI 
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila 
binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:  
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب 
“Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu,
syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”
tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”.
Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” 
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih 


PENUTUP 
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk 
memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk
kepada manusia. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. 
Ingatlah bahawa syaitan
akan cuba menyesatkan manusia
selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.  

FrOm

3 ulasan:

Encik MamaT said...

info terbaik... terima kasih geng.. kadang2 kita lupa.. kadang kita lalai.. akhirnya ada juga pesanan juga peringatan utk kita...

Fariehan Ibrahim said...

nice entry! =)

AngahSayang2314 said...

wah.....dear info2 yg bernas laa... thanksss yaaa

link kengkawan

>

Daisypath Anniversary tickers

HB

 
GADiS iNi. Design by Exotic Mommie. Provided By Free Blogger Templates | Freethemes4all.com
Free Website templatesfreethemes4all.comLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates