Followers

11 July 2014

rezeki ramadhan

salam jumaat...


alhamdulilah, rezeki bulan ramadhan, walaupun aku jarang update stock niaga aku,
da lama jugak tak update product baru, syukur alhamdulilah,rezeki tak penah putus,
setiap hari pasti ada pengeposan barang dan orang datang COD tak kira banyak atau pun sikit,
aku tetap bersyukur rezeki Allah SWT bagi ini....

hari ini ramadhan yang ke 13, seronok tengok orang update beli baju raya,buat kuih raya,
aku, tahun ni mood kelaut... tak ada mood nak shopping tak ada mood nak keluar jalan2..
tak ada mood nak berbuka dekat luar,tak ada mood nak masak... tak ada mood nak kerja,
kalau boleh aku nak rehat rehat rehat tidur tidur tidur!!!!! cuti raya pun tak apply,
cuti ikut kelander je.. sebab hubby 30.7.14 dah start kerja.. so aku pun follow dia la...
kalau aku cuti dia tak de pun tak syiok jugak.. hehehe


seminggu awal berpuasa tu jangan cakap la mood giler2 cadbury.. semua bende nak buat sendiri,
penat  tolak tepi, janji misi berjaya... lepas tu harem... last2 aku masak nasi,
lauk suami aku masak...selamat pandai masak sedap tak sedap belakang cite,
janji kite hargai penat lelah orang..keh..keh..keh!!!


notakepala :
Tema baju raya tahun ni OREN



18 June 2014

10week

alhamdulilah,

kalau nak ikut pengiraan aku harini sudah 10minggu 2hari aku mengandung..
hehe, aku ni ada masalah pitam... pitam yang tiba2 gelap rasa nak tumbang ..
tapi memang dah penah tumbang!!tiba2 rasa susah nak bernafas..
Ya Allah kalau pitam tiba2 datang memang mengucap panjang..feel lain macam kot..

selamat ada suami yang baik lagi penyayang.. dia sangat2 memahami..
kadang2 kalau aku tengah dok basuh pinggan ke,sapu sampah ke,
tiba2 rasa pening, pandang dinding hitam je..cepat2 kene duduk minum air banyak..
kadang2 en.suami memang tak bagi aku buat kerja,
dia suh aku tidur n rehat.. tapi aku plak jenis tak suka layan2, sakit2 ni kene kuatkan diri juga.
tapi tu la apakan daya.. bersabar la..sakit itu kifarah dan menghapuskan dosa kecil kita, dan
sakit jugak akan lebih mengingatkan kita akan kematian...Allahuakbar...!!

anak mommy eva nur medina pun sangat baik.. dia tahu mommy dia tak sihat,
asyik dok kiss2 je pipi mommy dia ni je.. tibe datang gatal dia nak kiss perut...
manja sungguh anak mommy tu.. mommy sayang eva sangat2...
eva kalau dekat rumah dia baik sangat,pandai main sorang2,senang cita,
pandai bawak diri.. kalau nak susu baru cari mommy or daddy...
tidur malam pun dah tak mintak susu dah..lena laa daddy eva tuh tidur kan..huhuhu

selamat mengandung no.2 ni tak ada muntah2..masa mengandungkn eva dlu 2,3bulan jugak muntah,
yang no.2 ni lain pulak,selera makan pun kelaut...kadang2 pun paksa jugak makan...
makan nasi lagi la tak lalu,makan buah jela tak pun koko krunch tu jela boleh hilang kan rasa loya tekak ni...
pape pun aku bersyukur2 sangat, dikurniakan suami dan anak yang baik...
alhamdulilah.. barakallah...

sekarang aku baru rasa lega, bila dah bagitahu boss aku mengandung, boss nampak happy,
aku lagi happy tuh tanda yang positif, sebab stat aku cakap dah mengandung,
boss pun layan aku baik punye!!dia plak over excited tanya macam2..
hehe malu hakak okay...boss macam tak caya tapi tu la hakikat nya,
sebab ramai pertikai kan sebab aku czer,,bila czer mesti lepas 3tahun baru ley mengandung,
dan czer jugak berbahaya,smp ada cakap jahitan terburai la apela, aku dah tny doctor,
memang tak ada istilah terburai lagi., hahahah(tq doctor bagi pesanan positif)
sebab mereka tanya aku tak plan ke,tak itu ini ke..actualy aku bukan jenis main bantai okay!!
tapi rezeki Allah nak bagi kan tanpa kita duga...dan aku bersyukur sangat2...
aku yang buat ni lagi tak caya..kita tak tahu kuasa Allah, kun faya kun...
kadang2 susah nak explain dengan orang tak tahu qada dan qadar Allah...
ok la kerja pun dah memanggil, terover acting plak n3 kali ni..hehehe
sekali sekala kite kene lepas kan..fuhhhh!!!!

10minggu





04 June 2014

Pregnancies No.2

Alhamdulilah,syukur ke hadrat ilahi atas rezeki Allah S.W.T ini...

totaly memang tak sangka n tak bajet langsung akan mengandung secepat ini,
Bajet 3 tahun lagi,hari2 borak dengan husband "konon2"
nak plan mengandung bila eva dan pandai jalan,dan pandai cakap nak " ADEK", hehe

bulan 4 aku last period, masuk bulan 5 tanda2 nak period tu ada, muke naik pimple,
seketul, aku klo nak period tanda pimple mmg wajib ada biar pun seketul,
ni nak masuk 7mei tp period tak datang2 maybe bulan ni lewat kot ...


20mei,
 aku g hospital cucuk eva setahun...
tibe2 rase lain macam pitam, period da lewat sangat ni,
hati rasa macam sesuatu, beli la pregnant test dekat farmasi...

sampai rumah 3lebih tak sabar2 nak test...
sekali laju je line tu naik..
Ya Allah masa ni rasa macam tak percaya,
terus tnjuk hubby, dia biasa la malu2 kuncing!
tanda gembira...

aku rasa macam tak caya ada budak dalam perut ni,
lepas 3 hari aku beli lagi pregnant test,
test dekat office, sekali lambat plak naik,
tgu 10mnt baru nampak 2line tu pun cair...
hati mula rase mengandung ke idok ni.... aishhhh


25mei,
aku rase macam tak puas hati,
hubby ajak jum g scan,
sekali memang betul,nampak heartbeat,
mase tu YaAllah baru la aku betul2 percaya..
happy sampai nangiss, besar sungguh rezeki Allah bagi ni,
Alhamdulilah...


patutlah aku makan benda masam2,
sedangkan aku memang tak suka sebelum ni,lagi2 mangga muda !
lepas tu aku cepat letih, tidur pun awal, kol 9 da masuk tidur,
selamat ade daddy dia boleh jage eva,
hubby asyik cakap mesti mummy pregnant masa eva dulu cmni la...
mase hubby cakap tu aku " masuk telinga kanan keluar telinga kiri "
tak de mood nak layan...hahahahaha tapi masin mulut hang naaa...

YaAllah,Peliharan anakku selama  di dalam kandunganku dan sembuhkan segala penyakit,
sesungguhnya engkau maha penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawarmu,
YaAllah lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera,
YaAllah, jadikanalah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal dan berilmu serta beramal soleh,
YaAllah, elokkanlah perangainya,fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca
Alquran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W

Amin Ya Rabbal Alamin....



1st test


2nd test

.... tara ...




28 May 2014

EVA SETAHUN

alhamdulilah..

18.05.2014 genap anak aku yang bernama EVA NUR MEDINA setahun...
dia sangat comel, baik, bijak plak tu..
sekali sekala perangai dia gedik bikin mummy n daddy geram je,
rasa nk gigit2 je pipi gendut dia tu..

Alhamdulilah aku bersyukur sangat2 atas kurnia Allah yang ternilai harga nya..
mummy doa kan eva semoga menjadi anak yang solehah, bijak, menghormati org tua,
murah rezeki,panjang umur dan diberi kesihatan yang baik dan menjadi kakak
yang baik tak lama lagi..
(patutla eva suke gigit jari kaki lepas tu suka kiss2 perut mummykn)
hint dia tu..hehehe

Ya Allah, kau telah berikan aku anak sebaik,sesihat dan secantik ini,
tetapi aku masih leka.. ampunkan aku ya allah,
kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke Jannahmu,
kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahmu,
sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku,
dia milikmu, bila2 masa kau boleh ambil dia kembali...
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan,keimanan,
semoga aku dapat menjadi seorang ibu yang baik...
dan dapat mendidik anak2 ku menjadi orang2 yang beriman,
Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan ku..amin..


 eva family mummy dan daddy

ini budak setahun #EvaNurMedina



02 May 2014

nak berangan

salam...

hmmmmm....
kadang2 nak berangan itu ini memang senang,
tapi bila nak mula payah...
bila dah mula senang..
nak buat payah..
bila dah buat senang nak naik tu payah..
bila dah naik senang nak mantain tu payah..

apepun bermula kerana Nya,
meminta pun kepada Nya,
sentiasa bersyukur dan beringat kepadaNya
Ijtihad wala taksal - bersungguh2 dan janganla kamu malas...^_^




Notakepala : #taksabarnakpindah #rumahkusyurgaku #mei2014



11 March 2014

PRAY MH370

Seorang pun dari mereka aku tak kenal,
tapi hati sangat sedih dan terusik,
kehilangan mereka bersama MH370,
terlalu misteri bagi aku,
hanya mampu berdoa,
semoge urusan pencarian MH370,
di permudahkan... Amin

Ya Allah YA tuhanku,

Jika Ianya DiLaut 
Timbulkanlah
Jika Ianya Dilangait
Turunkanlah
Jika Ianya Didarat
Tunjukkanlah

....Allahu Akbar....




28 January 2014

Alhamdulilah

Alhamdulilah masih lagi bernafas..
Alhamdulilah juga dikurnia kan seorang cahaya mata gegurl yang sgt comel..
Alhamdulilah juga dikurniakan seorang suami yang sgt awesome..
Alhamdulilah diberi kesihatan yang baik kepada keduaibu bapa..
Alhamdulilah dikurniakan rezeki yang tak pernah2 putus..
Alhamdulilah alhamdulilah dan bersyukur2 sangat....

Alhamdulilah, daddy dah naik pangkat..
Alhamdulilah,Gaji mummy dah naik..
Alhamdulilah,proses bembelian rumah dipermudahkan..
Alhamdulilah dapat belikn daddy motor cash..
Alhamdulilah bisness semakin berkembang, semoge ianya terus mekar
sampaii kecucu cicit,aku perlukan sokongan hubby,family, kawan2,
di iringin dengan doa serta restu insyallah aku akan berjaya 1 hari nanti, amin ...
jgn sesekali  kite memandang rendah perkerjaan seseorang rezeki Allah dtg
dalam berbagai bentuk yang penting nawaitu kite ..Rezeki ada di mana2,
adakala datang tanpa di duga,tepat dan masa..sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah hidup sesuatu kaum,melainkan kaum itu sendri mengubahnya..
pencapaian diusahakan keluarga didahulukan Allah diutamakan...

semoge aku dapat menjadi seorang isteri n seorang ibu yang sgt awesome..huhu
kite tak mampu kawal hati dan permikiran org lain, tapi kite mampu didik dan
permikiran kite, lakukan yang baik2 niat yang baik2, sentiasa berbaik sangka,
dan mendoakan yang baik2 sesama kita,insyallah mudah2an sesama kite
beroleh berkat.. Allah menguji kite tak kire usia tua atau pn muda...
semoge aku tabah menghadapi dugaan dan rintangan yang mendatang...
tingkatkan prestasi,kurangkan kontrovesi, berdiri atas bakat sendiri,
adoii cm melodi la plak, buat baik jgn sesekali tapi buat la banyak kali..
huhuhu =))

I love My Family Daddy & Kesayangan Mummy Eva Nur Medina

link kengkawan

>

HB

 
GADiS iNi. Design by Exotic Mommie. Provided By Free Blogger Templates | Freethemes4all.com
Free Website templatesfreethemes4all.comLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates